Menyusukan si comel merupakan saat
yang paling indah bagi wanita bergelar ibu. Dalam melengkapkan
perjalanan penyusuan tentu banyak kisah suka duka yang ibu lalui.
Mungkin salah satu daripada 10 perkara lucu tersebut pernah berlaku
kepada anda semua.
- Kesan
bunyi ketika menyusu. Bayi anda memang pandai membuat pelbagai bunyi
tanda dia sedang seronok menikmati susu ibunya. Sekiranya anda sedang
menyusukan bayi di rumah tentu anda seronok dan bahagia mendengar bunyi
comel tersebut tetapi bayangkan jika anda sedang menyusukan bayi di
tempat awam. Hmm... (mesti ada yang bisik… baby pelan-pelan sikit ..
nanti orang dengar… hehehehe)
- Kadang
kala ketika bayi sedang menyusu, ibu biasanya sibuk membuat perkara
lain seperti melihat telefon bimbit, membaca buku dan sebagainya tetapi
tiba-tiba bayi anda melepaskan puting payudara anda dan susu masih
memancut keluar! (Ada tak yang main Farmville? Kalau ada komen ya!)
- Terlupa payudara kanan atau kiri untuk sesi penyusuan seterusnya. (blurr sekejap)
- Tangan
kecil yang menjalar. Biasanya tangan si kecil yang asyik menyusu turut
sibuk menjalar di seluruh muka dan wajah ibu seperti memasukkan jarinya
ke dalam mulut atau lubang hidung ibu, menarik rambut ibu, cuba
menanggalkan cermin mata ibu dan bermacam lagi. Tapi ia sangat
membahagiakan dan buat ibu tertawa lucu. (Betul… ini memang berlaku!)
- Pencarian
puting. Lucu sangat bila bayi anda dipeluk dan dibaringkan dalam posisi
menyusu oleh orang lain tetapi dia secara automatik akan mencari puting
payudara. (Mesti bapa pun kene juga yer? Nasihat pada bapa.. sila pakai
baju ketika dukung anak anda)
- Wajah
bayi yang kenyang, gembira dan seronok selepas setiap kali penyusuan
hanya membuatkan ibu tersenyum bahagia. (Release tension ketika ini)
- Semakin
membesar bayi anda, semakin banyak gaya dia tunjukkan semasa hendak
menyusu. (Ada yang menonggeng… ada kaki naik atas.. terbalik dan
macam-macam.. sila komen gaya anak anda..kita share)
- Pantang
ada bunyi yang mengganggunya ketika menyusu, bayi akan segera melihat
ke arah bunyi tersebut sambil cuba membawa bersama puting payudara ibu.
Ouchh...sakitnya hanya ibu sahaja yang tahu. (uikss.. ditarik macam nak
putus kan…)
- Bunyi tidak
sabar yang dilakukan oleh bayi apabila dia hendak menyusu terutama
apabila ibu baru pulang dari kerja. Kadang kala sampaikan baju ibu
dihisapnya! (Ini saat yang menggembirakan… betul tak?)
- Saling
berbalas senyuman. Tiada yang lebih menggembirakan ibu selain daripada
senyuman manis si kecil serta berbalas pandangan mata ketika proses
penyusuan berlaku. Ia saat paling berharga! (Terima Kasih Tuhan atas
kurniaan rezeki ini)
Muka lpas nyusu
Tiada ulasan :
Catat Ulasan